Selepas Akim Ahmad mengumumkan isterinya Stacy hamil menerusi satu ucapan di akaun Instagramnya, terbaru Stacy pula mengesahkan kandungan beliau sudah mencecah empat bulan.
Bukan sengaja mahu merahsiakan kehamilannya sebelum ini, Stacy hanya mengikut nasihat orang tua yang tidak menggalakkan untuk terlalu teruja dan mengumumkan berita berkenaan ketika kandungan masih lagi berada di peringkat awal.
Sebenarnya sudah lama kami berhajat mahu membuat pengumuman mengenai kehamilan ini. Apatah lagi ramai orang yang bertanya bila ingin menambah ahli keluarga. Tetapi kata orang kurang manis kalau berkongsi berita itu terlalu awal kerana bermacam dugaan boleh timbul pada tempoh itu. Walau hidup dalam zaman moden, petua orang tua ada sebabnya.Insan paling gembira mendengar perkhabaran ini tentu saja Akim dan keluarga kedua belah pihak. Bella juga sudah tahu dia akan dapat adik.Walaupun alahan tidak teruk, badan saya lemah dan cepat letih. Kadangkala saya cuba menyibukkan diri tetapi kerap juga saya lebih banyak berehat membuatkan ada undangan yang terpaksa saya tolak.Keadaan emosi juga kurang menentu. Saya cuba mengawal diri. Syukur suami dan keluarga sangat memahami situasi saya. Kerap juga peminat tanya mengenai berat badan naik atau ternampak perut berisi." Kata Stacy memetik BharianOnline