Tak perlu susah-susah keluarkan oven dan membakar bagai untuk menyediakan kuih bahulu yang disukai ramai ini. Terima kasih kepada Hasl Jali yang berkongsi resipi Bahulu Sandwich Maker baru-baru ini dalam Facebook beliau. Dikongsi dalam grup Masak Apa Hari Ni, resipi itu ternyata mendapat banyak respon dan perkongsian.
Resipi dan kaedah yang ditunjukkan cukup mudah, semua ABC, tak percaya mari kita lihat langkah demi langkah yang dikongsi. Suka VK kalau dapat resipi yang sedap tapi mudah macam ni.
LANGKAH 1
Pukul telur, gula dan garam sehingga kembang menggunakan mixer (boleh juga menggunakan pengisar atau blender). Apabila kembang masukkan tepung, kaup balik adunan menggunakan spatula atau senduk kayu.
LANGKAH 2
Masukkan adunan tadi dalam sandwich maker yang terlebih dahulu dilencer dengan minyak. Kemudian tutup dan tunggu hingga lampu sandwich maker padam.
LANGKAH 3
Apabila lampu padam buka penutup sekiranya nampak bahulu belum masak, tutup dan masak lagi.
LANGKAH 4
JOM BACA SETERUSNYA DISINI