Erra Fazira akui hubungi Shahir melalui WhatsApp, bakal berkahwin?

Erra Fazira akui hubungi Shahir melalui WhatsApp, bakal berkahwin? -


Erra Fazira menjelaskan kali terakhir dia bertemu dengan penyanyi Shahir yang dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengannya hampir dua tahun lalu.
Erra berkata, sepanjang tempoh itu mereka hanya menggunakan medium aplikasi WhatsApp untuk bertanya khabar dan mengetahui perkembangan masing-masing.
"Banyak perkara yang diperkatakan tentang kami tidak benar malah kami kali terakhir bertemu pun setahun setengah yang lalu. Pada kebanyakan masanya kami bertanya khabar menerusi WhatsApp,"
Dalam pada itu, Erra menjelaskan dakwaan mengenai bakal berkahwin bukan datang daripada mulut mereka dan ia sama sekali tidak benar.
"Perkara tentang merisik dan berkahwin tidak pernah datang daripada mulut saya atau pun Shahir.
"Cuma dia hanya menjelaskan kami memang berkawan itu sahaja dan perancangan berkahwin seperti diperkatakan sama sekali tidak benar," jelasnya kepada mStar Online..