Ruhainies rela kahwin duda Tapi bukan suami orang..

Ruhainies rela kahwin duda Tapi bukan suami orang.. -



Pernah menjadi perhatian gara-gara kontroversi bersama dengan suami Adira AF beberapa minggu lalu, Ruhainies mengakui yang dia kini masih lagi bergerak secara solo.
Namun, Ruhainies mengakui tidak mahu menjadi perampas hak milik orang lain, rela kahwin duda daripada suami orang.
"Kalau saya ada teman lelaki pun, statusnya bukan suami orang. Saya tidak mahu ambil hak orang, tapi kalau berstatus duda saya boleh terima. Bagaimanapun, orang itu bergelar duda bukanlah sebab bercerai kerana mahu berkahwin dengan saya"
"Maksud saya, sewaktu kenal itu memang sudah berstatus duda. Itu saya boleh pertimbangkan," jelasnya kepada Kosmo! Online