Pembancuh Teh Yang Kacak Ini Dapat Tawaran Jadi Model Selepas Gambarnya Jadi Viral

Pembancuh Teh Yang Kacak Ini Dapat Tawaran Jadi Model Selepas Gambarnya Jadi Viral -


Foto – Jiah Ali/Instagram

Sejak kebelakangan ini semakin menjadi-jadi pula kisah viral tentang lelaki kacak.
Terbaru, seorang pembancuh teh yang berasal dari Pakistan menjadi popular selepas wajahnya yang kacak menjadi viral sehinggakan dia berjaya mendapat kontrak sebagai model.

Arshad Khan, 18, mula dikenali ramai selepas seorang gadis yang dikenali sebagai Jiah Ali memuat naik gambarnya di Instagram. Ketika itu Arshad sedang bekerja di sebuah bazar di ibu negara Pakistan.
Gambar tersebut mendapat lebih 16,000 like dengan komen daripada ribuan peminat Arshad. Ia kemudiannya menjadi trending ke seluruh dunia, dari India ke London.

Inilah baru dikatakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Anda setuju?






Foto – Jiah Ali/Instagram

Foto – Jiah Ali/Instagram
Sumber: Wanista. Imej dari Instagram jiah_ali