Pasukan bola sepak gergasi Scotland, Celtic FC bakal menghadapi penalti daripada UEFA selepas penyokong yang berpengkalan di Glasgow itu telah mengingkari arahan dengan mengibarkan bendera Palestin ketika perlawanan playoff Liga Juara-Juara Eropah menentang kelab Israel Hapoel Be'er Sheva, lapor RT.com.
Kelab yang dilatih oleh bekas jurulatih Liverpool, Brendan Rodgers itu berjaya mengalahkan kelab Hapoel Be'er Sheva 5-2.
Pihak polis telah memberi amaran akan menangkap penonton yang mengibarkan bendera Palestin tetapi tidak diendahkan penyokong, Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) juga sejak awal-awal lagi sudah melarang penonton melakukan provokasi atau membawa politik ke dalam stadium, namun ternyata ia tidak dipedulikan oleh penyokong Celtic yang terus mengibarkan bendera Palestin dengan bangga dari awal permainan hingga ke detik meraikan kemenangan kelab mereka.
Tindakan penyokong itu sebagai tanda sokongan kepada perjuagan rakyat Palestin yang mempertahankan tanah air mereka daripada dijajah oleh Israel, kempen untuk mengibarkan bendera Palestin itu telah disebarkab di laman Facebook melalui undangan dinamakan "Fly the flag for Palestine, for Celtic, for Justice". - Siakapkeli.my
[embedded content]
— سيف الله (@BirdsOfJannah) August 18, 2016
— Kyle Walsh (@kwalsh96) August 18, 2016