Azizul Terkilan Dengan Menteri Besar Terengganu, Tidak Sudi Bantu Beli Basikal Untuk Berlatih Olimpik

Azizul Terkilan Dengan Menteri Besar Terengganu, Tidak Sudi Bantu Beli Basikal Untuk Berlatih Olimpik -

Pagi tadi, 17/8 2016, menjadi hari paling bersejarah bagi Azizul Hasni Awang, atlit lumba basikal negara apabila memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Rio.

Lebih bermakna lagi ia adalah pingat pertama bagi sukan berbasikal negara sejak sukan olimpik dipertandingkan, nyata ia sudah pasti satu kepuasan kepada Azizul dan kebanggaan rakyat Malaysia.

Azizul melalui satu posting di laman Facebooknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan rakyat Malaysia yang tidak jemu-jemu menyokongnya.

Namun disebalik kegembiraan dan penghargaan nampaknya beliau menyatakan sedikit terkilan dengan menteri besar Terengganu, Ahmad Razif di mana tidak dia dan Fatehah sebagai anak jati terengganu meminta sebuah basikal 'RoadBike' untuk kegunaannya dalam persiapan olimpik tidak diperkenankan.

Menurut beliau proposal meminta basikal berkenaan telah dihantar lebih kurang setahun sebelum Sukan Olimpik Rio namun tidak ada sebarang maklum balas mengenai perkara berkenaan walaupun cuba dihubungi.

"Untuk pengetahuan Datuk MB, Saya dan Fatehah atlet bertaraf Dunia dan Olimpik ini sentiasa terlepas pandang oleh Datuk MB."

"Mungkin ianya adalah kerana faktor yang kami berlatih di luar negara. Diharap Datuk MB dapat mengambil semua ini sebagai suatu yang Positif dan diharap semua ini akan membuka mata Datuk MB dan orang-orang yang sepatutnya memainkan peranan," tulis beliau yang ternyata kecewa. - Siakapkeli.my