Siapa Kata Bangla Semua Rajin?

Kalut isu kerajaan nak membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh. Katanya, kebanyakan untuk sektor perladangan, ladang kelapa sawit. Kononnya pekerja-pekerja bangla ini rajin, tidak memilih kerja, kerja kuat. 
Siapa kata? Ini saya nak cerita sikit pengalaman majikan-majikan ladang kelapa sawit yang saya jumpa sepanjang bekerja di bidang ini. 
Pertama, pekerja Bangla ini memang boleh buat kerja tetapi Bangla inilah yang paling pemalas nak kerja. Selagi tak dimaki hamun dan jerit pekik, selagi itulah mereka tak buat kerja.
Orang suruh potong buah masak, dia pergi potong buah muda. Loose fruit tak nak dikutip. Dalam soal kerja pun mereka berkira. Kalau pokok sawit tinggi sikit, mereka tak nak potong buah dengan alasan susah nak potong. Walaupun dibambu macam lembu, mereka tetapi rileks dan buat dek sahaja. 
Selain itu, mereka juga gemar mencuri tulang, duduk lepak beramai-ramai bilamana mandur tiada mengawasi mereka. Terbaliknya, pekerja Indonesia jauh lebih rajin dari mereka. Pekerja Indonesia ini kata, kalau pekerja Bangla tidak mahu memotong buah pokok tinggi, mereka sanggup potong. Asalkan upahnya ditambah sikit. Okaylah dari langsung tak nak. Tambahan pula kudrat pekerja Indonesia ini boleh tahan juga kuatnya. 
Tak percaya? Cuba tengok berapa ramai pekerja Indonesia atau lain-lain yang gemuk berbanding pekerja Bangla? Bangla banyak gemuk kan? 
Paling menyampah bila nak ambil Bangla walaupun gaji RM900. Duit ejen pula kena bayar dulu RM3,000 - RM4,000. Makan minum mereka pula majikan perlu tanggung. Transport dan hostel juga majikan yang kena tanggung. 
Ada sebuah kilang yang saya pernah jumpa di Ipoh, bila masuk ke kantinnya, ada dua seksyen. Satu untuk pekerja Bangla, satu lagi untuk pekerja tempatan. 
"Kenapa diasingkan begini?" soal saya pada seorang pekerja tempatan.
"Oh, pekerja Bangla diberikan makanan percuma, manakala pekerja tempatan pula perlu membayar untuk mendapatkan makanan dan minuman," jelasnya.
"Eh? Kenapa begitu? Gaji mereka lain-lain ke?" soal saya lagi inginkan kepastian yang mendalam.
"Sama saja. Kilang bayar gaji mereka sama dengan gaji pekerja tempatan," jelasnya. 
"Dah tu, kenapa Bangla dapat makan percuma? Potong gaji ke?" saya dah mula tidak mengerti permainan kilang ini.
"Tak, memang dalam pakej," jawabnya pendek. 
"Eh? Kenapa ada layanan double standard?". 
Selepas itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pekerja asing yang sedia ada kini berjumlah 2 juta. Hendak dibawa masuk pula 1.5 juta, menjadikan mereka 3.5 juta. Yang pekerja haram tanpa permit, TPM kata 'mungkin' dalam juta, jumlah keseluruhannya 5.5 juta pekerja warga asing di Malaysia. 
Ada pula TPM yang juga merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri boleh guna perkataan 'mungkin'. 
Gaji pekerja Malaysia ditetapkan di paras minimum sebanyak RM900 sebulan, makan sendiri, rumah sendiri, pengangkutan sendiri, selepas itu kata belia Malaysia tak mahu buat kerja susah dan kotor? 
JOM BACA SETERUSNYA DISINI