Kisah hidup wanita ini memang macam cerita dongeng Cinderella. Dari wanita penjual roti yang berpenampilan comot tak dikenali, tiba-tiba berubah cantik dan dipuja.
Tapi inilah realiti yang terjadi pada pada Olajumoke Orisaguna, 27, wanita penjual roti yang berjalan kaki sekeliling bandar Lagos, Nigeria. Foto Orisaguna, secara tak sengaja diambil oleh jurufoto profesional, Ty Bello, di lokasi fotografi penyanyi rap UK, Tinie Tempah.
Apabila gambar itu tersiar, ramai memuji penampilan wanita ini yang disangka model profesional sehingga penyanyilah itu memberitahu perkara sebenar bahawa Orisaguna diambil secara tak sengaja ketika melewati lokasi penggambaran.
Inilah foto yang mengubah kehidupan Orisaguna.
"Dia hanya melalui kawasan itu tapi gayanya ibarat model. Seharus dia menjadi model dan saya sanggup membantunya jika dia berminat. Saya akan mencarinya," tulis Bello dalam laman instagram milik jurufoto itu.
Hasil pencariannya, Bello bertemu wanita yang dicarinya iaitu Orisaguna, penjual roti yang juga ibu kepada dua orang cahaya mata. Melalui kehidupan yang sukar, kisah hidup Orisaguna memang menyedihkan. Dia merantau ke Lagos dari desanya yang terpencil demi mencari rezeki.
Di Lagos, dia turut membawa bersama anaknya yang berusia 14 bulan dan meninggalkan suami bersama anaknya yang berusia lima tahun di desa. Orisaguna berjualan dengan menjunjung roti di atas kepalanya dan berjalan sekitar bandar. Tapi kini kehidupannya dilihat jauh lebih baik.
Setelah Bello membantu mengubah dirinya menjadi model Orisaguna kini berjaya tampil untuk muka depan majalah Style dengan mekap dan gaya rambut berbeza.
"Dia sangat berbeza di hadapan kamera, dia beremosi seperti telah melakukannya sepanjang hidupnya. Dari itu saya tahu saya telah menemui seorang bintang,"ujar Bello.
Lihat perubahan Orisaguna selepas bergelar model, dia mungkin boleh melupakan terus pekerjaan lamanya sebagai penjual roti.
JOM TENGOK GAMBAR SETERUSNYA DISINI