Rumah tangga pelakon Fasha Sandha dan suami, Rizal Ashram Ramli kini berantakan, gara-gara campur tangan pihak ketika, yang juga dikatakan daripada ahli keluarga Rizal sendiri.
Memetik mStar, Fasha dilaporkan mengunjungi sebuah pejabat agama Islam baru-baru ini, bagaimanapun tidak dapat disahkan sama ada untuk mendapatkan kaunseling ataupun urusan penceraian.
Dikatakan, hal rumah tangga pasangan itu turut melibatkan bekas isteri Rizal atau dikenali sebagai Jejai, iaitu Nora Danish.
"Masalah ini sebenarnya sudah lama berlarutan berikutan konflik dengan keluarga mertua Fasha.
"Nora dan salah seorang keluarga Jejai saling memburukkan Fasha di laman sosial dan ia membuatkan rumah tangga pasangan itu semakin goyah," demikian menurut sumber, sebagaimana memetik mStar.
Jejai dan Nora pernah berkahwin pada Jun 2006 kemudian bercerai dua tahun selepasnya.
Jejai kemudiannya mengahwini Fasha pada April 2012 dan dikurniakan dua anak yang berusia dua tahun dan setahun.
BUKTI DI BAWAH!