Tahukah Anda Kenapa Seluar Dalam Lelaki Dalam Kotak, Seluar Dalam Wanita Bersepah Di Luar
1. Strategi Pemasaran
- Jika seluar dalam lelaki dijual secara berselerak, lelaki akan membeli sehelai sahaja. Ini kerana sepasang seluar dalam sudah mencukupi bagi lelaki (Hahaha). Kalau dijual sekotak, nak tak nak mereka kena beli 5 helai dengan harga 5 helai.
- Jika seluar dalam wanita dijual dalam kotak, perempuan akan beli sekotak sahaja kerana satu kotak ada pelbagai pilihan warna. Tetapi jika dijual berselerak, wanita mempunyai skop pilihan yang amat luas dan merasa 5 helai pun belum tentu cukup.
2. Wanita Memilih
- Wanita lebih suka memilih sebelum membeli. Manakala lelaki terus beli dengan hanya melihat saiz yang tertera di kotak.
3. Warna
- Selain dari warna, tiada apa ciri-ciri seluar dalam yang hendak diambil kira oleh kaum lelaki.
- Jika seluar dalam wanita diletakkan dalam kotak, habis semua kotak akan dibuka dan ini akan mendatangkan amarah pada tauke kedai.
4. Ciri-Ciri Seluar Dalam Dan Fesyen
- Seluar dalam lelaki lazimnya fesyennya standard sahaja. Jadi tak perlu pening kepala memilih fesyen.
- Manakala perempuan suka fesyen walaupun sekadar seluar dalam. Ciri-ciri seluar dalam seperti G-String, mama panties, midi dan sebagainya menyebabkan wanita lebih suka membelek2 seluar dalam yang menjadi idaman hati.
5. Pemalu
- Sebenarnya kaum lelaki adalah pemalu. Jadi kotak itu melambangkan bahawa lelaki mempunyai sifat malu yang amat tinggi berbanding wanita.
- Lelaki berasa malu sekiranya ketika membelek2 seluar dalam datang pulak promoter perempuan yang sibuk memberi pandangan dan pendapat tentang seluar dalam mana yang perlu dipakai. Dari nak membeli terus tak jadi nak membeli.
Kesimpulannya, seluar dalam lelaki lazimnya dijual di dalam kotak kerana sifat lelaki yang ringkas dan tidak rambang mata seperti wanita.
Nak beli terus sambar kotak yang ada saiz dan jenama yang digemari tanpa perlu membuang masa memilih-milih.