Harga Telefon RM800 Tiba-Tiba Jadi RM10,000, Lelaki 'Dikurung' Selagi Tak Mahu Bayar

MUHAMMAD YUSUF AZMI (dua dari kiri) menyaksikan penyerahan wang oleh jurujual kepada Dipres Nasution Mohd. Arifin (dua dari kanan) selepas menerima aduan penipuan penjualan telefon bimbit di Kompleks Kota Raya, Kuala Lumpur, semalam. -

KUALA LUMPUR 15 Dis. – Seorang lelaki 'dikurung' di dalam sebuah bilik kecil selama empat jam oleh beberapa orang lelaki dek kerana beliau enggan meneruskan pembelian empat telefon bimbit di sebuah kedai.

Difahamkan, lelaki berkenaan enggan meneruskan pembelian tersebut kerana harga keempat-empat telefon tersebut tiba-tiba melonjak kepada RM10,000 jika dibandingkan dengan harga yang dipersetujui iaitu sebanyak RM800.

jum lihat foto penjual yang kurang ajar disini