Cerita Sebenar Video Penampakan Pocong Melompat Di Tawau Akhirnya Terbongkar


@#$Cerita Sebenar Video Penampakan Pocong Melompat Di Tawau Akhirnya Terbongkar - Sejak beberapa hari lalu tersebar sebuah video yang memaparkan kelibat 'pocong' yang sedang melompat-lompat membuatkan ada penduduk sekitar Kg Jawa, Tawau Sabah mulai rasa takut dengan kehadiran makhluk berkenaan.

@#$Video yang bermain di media sosial tersebut berdurasi 13 saat menjadi bualan ramai di mana memaparkan kelibat susuk manusia dibaluti kain kapan melompat-lompat di bawah pokok.



@#$Kerana penyebaran video tersebut penduduk kampung mengambil keputusan menyiasat kejadian berkenaan di kawasan itu dan apa yang ditemui agak mengejutkan.

@#$Rupa-rupanya kelibat 'pocong' tersebut memang ada tetapi cuma pocong palsu yang sengaja 'dihidupkan' oleh remaja-remaja nakal.




@#$Mereka dikatakan membalut ranting kayu dengan kain putih kemudian menggantung 'pocong' berkenaan menggunakan tali tangsi yang ditarik untuk menjadikannya seolah-olah melompat.

@#$Jadi semuanya sudah terjawab dan video yang diviralkan tersebut hanyalah 'pocong' yang dihidupkan oleh 'rakan-rakanya'. - Siakapkeli.my