Mayat Wanita Separuh Bogel Ditemui Di Pusat Mencuci Kereta
ALOR SETAR – Satu mayat wanita dalam keadaan separuh bogel ditemui di kawasan premis pusat mencuci kereta, Jalan Pondok Labu, Kulim tengahari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Nashir Ya berkata, Ibu Pejabat Polis Kulim menerima maklumat mengenai penemuan mayat wanita itu menerusi panggilan 999 pada 12.15 tengah hari.
“Mayat wanita yang tidak diketahui bangsa itu dijumpai dalam keadaan separuh bogel (hanya memakai coli). Terdapat kesan cedera pada muka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, mayat sudah dihantar ke hospital untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. – BERNAMA