Gempar!!! Najib Razak Bakal Letak Jawatan Perdana Menteri ?


#SEBUAH imej akaun twitter Astro Awani yang menyatakan Datuk Seri Najib Tun Razak bakal meletakkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri adalah tidak sahih dan palsu.

#Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh pihak Astro Awani yang menyatakan kenyataan tersebut bukan dari akaun rasmi mereka dan tidak akan bertanggungjawab dalam memuat naik tweet seperti yang tertera.


Masyarakat dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan berita palsu itu dan pihak Astro Awani juga akan segera membuat laporan polis di atas perbuatan yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Memetik laporan Astro Awani, Perdana Menteri juga menyeru agar warga media supaya sentiasa berpandukan kepada kebenaran apabila menyampaikan sebarang berita.

Kata Najib, tidak salah untuk berbeza pendapat tetapi perlu adil dan sentiasa mencari kebenaran.

“Ikut ajaran Islam, kita perlu mencari kebenaran,” kata beliau semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Media Bersama Perdana Menteri di Kompleks Karangkraf, Shah Alam. – MYNEWSHUB.CC