Google Search dan Youtube Malaysia digodam? Hari ini para pengguna internet di Malaysia dikejutkan dengan serangan hacker dari Bangladesh yang telah menggodam laman web rasmi Google Search dan Youtube Malaysia iaitu di www.google.com.my dan www.youtube.com.my .
Serangan tersebut dikenali sebagai DNS Poisoning Attack juga dikenali sebagai DNS Spoofing yang menyebabkan cache dari DNS server mengeluarkan data palsu.
Tidak seperti lain-lain serangan hacker, keracunan DNS ini tidak melibatkan serangan secara langsung terhadap server tapi sebaliknya ia bergantung kepada kelemahan dalam DNS untuk menggantikan DNS asal kepada server penggodam tersebut.