Susunan huruf pada keyboard yang umum dipakai sekarang ini ( QWERT ) sebenarnya adalah salah satu susunan yang paling tidak efisyen yang diperkenalkan agak kita dapat menaip dengan lebih lambat. Kenapa?
Sejarah susunan keyboard… Perkara ini berkaitan dengan sejarah mesin taip yang cipta oleh Christopher Latham Sholes (1868). Ketika beliau mencipta mesin taip prototype sebelum ini, ia mungkin membolehkan kita menaip dengan lebih cepat. Terlalu cepatnya menaip sehingga menyebabkan berlakunya masalah, mudah tersangkut ( jamming ), dan mengalami masalah mekanikal.
Kerana bingung memikirkan jalan penyelesaian, Christopher Latham Sholes mula menyusun huruf-huruf mengikut urutan sehingga belia terjumpa kombinasi huruf yang dianggap paling susah untuk digunakan ketika menaip. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kesilapan mekanikal yang sering terjadi sebelumnya.
Akhirnya susunan pada mesin taip ini yang diguna-pakai pada keyboard sebagai input komputer dan pada tahun 1973 ia dirasmikan sebagai keyboard standard ISO ( International Standard Organization )
Perbandingan menaip yang efisen antara keyboard QWERTY (kiri) dan keyboard DVORAK (kanan)
Dan sebenarnya ada lagi beberapa standard susunan keyboard yang diguna-pakai sekarang ini seperti ASK ( American Simplified Keyboard ) ataupun disebut DVORAK yang dicipta oleh Dr August Dvorak pada tahun 1940.
Susunan keyboard lainnya yang diperkembangkan dari susunan QWERTY adalah QWERTZ yang dipakai di negara seperti Hungaria, Jerman, Swiss. AZERTY oleh negara Prancis dan Belgia, QZERTY, dan lain-lain.