Ajal Beli Ubat Bapa Yang Buta|Tiada siapa sangka kemalangan maut yang melibatkan seorang remaja wanita Dwi Miftaqul Kasanah 14 telah mendedahkan satu kehidupan yang menjadi perhatian natizen laman media sosial.
Bukan hanya tragisnya kemalangan maut itu yang menjadi tumpuan ramai terutama penduduk ponorogo jawa timur,tapi kehidupan mangsa Dwi Miftaqul Kasanah yang selama ini hidup dalam kemiskinan bersama adik lelakinya asman yang berhenti sekolah untuk menjaga ayah mereka yang buta.
Dimaklumkan dari sumber dalam kejadian mangsa ektika itu dalam perjalanan balik kerumah menaiki basikal selepas membeli ubat ayahnya dilanggar oleh seorang pelajar lelaki yang menunggang motor pada minggu lalu,akibat dari kemalangan itu kepala bagian belakang mangsa terbetur kuat kejalan dan mengakibatkan hidungnya mengeluarkan darah.
Mangsa yang kritikal di rawat dihospital Soedono Madiun selama seminggu, hingga semalam rabu pagi 26.10.2016 mangsa disahkan meninggal dunia akibat pendarahan otak yang terlalu teruk.
Mangsa yang hidup dalam kemiskinan bersama adik dan ayahnya yang buta,terbongkar selepas pihak media dan gerakan 100nt (komunitas berbagi senyum kepedulian) telah berkunjung ke kediamanan mereka untuk menyalurkan sumbangan.
Akan tetapi keadaan mejadi berubah pilu apabila mereka melihat Rumah yang berdindingkan buluh berlantai tanah seolah tidak layak di diami yang menjadi tempat tingga 3 beranak itu selama ini,ayahnya yang buta hanya bekerja sebagai tukang urut,sementara ibunya yang bernama Samini indrawati hilang tiada kabar dan tidak pernah balik selepas 10 tahun merantau ke Malaysia.
video keadaan rumah tiga beranak.
Menurut laporan Samini indrawati terakhir kali berkerja di Lot 13835 Bt 34 Kg. Dengkil selangor.
Sementara menurut record Polis Diraja malaysia pada tanggal 18 sept 2009 Majikan Samini indrawati membuat satu laporan polis yang menyatakan Samini melarikan diri,hingga kini keberadaan tidak pernah lagi diketahui.
Kisah Dwi Miftaqul Kasanah 14 Kini menjadi perbincangan hangat media sosial,dimana kebanyakan natizen geram dengan sikap kepemimpinan negara mereka yang sibuk membincangkan hal politik hingga terlepas pandang dengan realiti kehidupan sebenar rakyatnya sendiri.
Ayo kita viralkan kisah almarhum Dwi Miftaqul biar pemimpin tau kehidupan sebenar rakyatnya.semoga tahun depan kita ummat muslim sedunia dipimpin oleh seorang Khalifah.amin.kata seorang yang perihatin.
Dicari Samini indrawati:
Pada siapa yang mengenali Samini boleh hubungi Andi atau fentina dalam talian 0989093714