Isteri Meraung Ditinggal Suami Karena Telalu Lama Buang Air|Satu kejadian mengharukan sekaligus melucukan di mana sibuknya manusia mencari nafkah,ditengah teriknya sinar matahari tiba tiba terdengar teriakan seorang wanita yang masih mengenakan helm berlari memanggil menjerit nama seorang lelaki.
Hilda 35 ditinggal suaminya hendra 40 karena terlalu lama didalam tandas awam ketika dalam perjalanan dari jawa tengan ke bandung kampung halamannya.9.10.2016.
Dikisahkan ,Ketika itu mereka berehat di gerai makan tepi jalan,selepas siap makan, Hilda pergi ketandas tanpa sepengetahuan suaminya.
Ketika dia keluar dari dalam tandas alangkah terkejutnya dia apabila tidak melihat kelibat anak dan suaminya,ketika itu juga ia meraung menangis menjerit berlari kejalan sambil memanggil nama suaminya sehingga mengundang perhatian orang ramai.
Sebagai warga yang perihatin kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak polis berhampiran yang membuat jagaan arus lalu lintas,nasib baik setengah jam menangis akhirnya suaminya hendra datang semula sambil menahan tawa.
"Saya cuma memberinya sedikit pengajaran,tiada angin tiada hujan tiba tiba isteri saya pergi begitu saja tanpa meberitahu kemana,katanya sambil menatap wajah isterinya.
Di iringi senyuman, orang ramai di sekitar kedai makan tersebut hanya mampu menahan tawa,sementara isterinya hilda hanya menutup muka dengan tudung dimana isak tangisnya masih disitu.