Safiey Ilias Jawab Isu Dakwaan Dirinya Buat Bisnes Cara Kotor

Safiey Ilias Jawab Isu Dakwaan Dirinya Buat Bisnes Cara Kotor -


Safiey Ilias Jawab Isu Dakwaan Dirinya Buat Bisnes Cara Kotor|Sebelumnya seorang yang mengaku bekas leader perlaking,telah mendakwa safiey telah melakukan bisnes kotor dengan cara menipu leader leadernya.
Hinggalah isu itu menjadi perhatian ramai sehingga sampai ke telinga safiey sendiri.
Untuk pengetahuan umum nama leader tersebut adalah Ahmad Safwan,untuk mengetahui lebih lanjut berikut penjelasan safiey berkait isu ini.
1 lagi posting terakhir . Slepas ini tak nak dah posting untuk menjelaskan apa2 fitnah . Penat . Personal kena kecam , bisnes kena kecam , memang susah sgt2 jd org bisnes dan berhijrah ni . Saya diam tak bererti saya salah . Korg je suka mengadu kt FB ni , mengadu kt Allah lagi bagus dgn tadah tangan . Doa org teraniaya kan makbul (kalau kita dipihak yg benar lah) .
.
Nama leader itu adalah Ahmad Safwan . Antara leader yg x perfome dan x restock 4-5 bulan . Leader x perfome 3 bulan akan kene kick . Smua leader telah dimaklumkan .
.
Leader yg tak perfome akan diberi kelas marketin secara personal oleh rakan sayaZulhilmi Zaiki . Kelas tiap2 malam diadakan .
.
Bukan itu sahaja , seminar marketing 3 minggu sekali siap diadakan . Hampir tiap bulan ada seminar . Ada jugak bantuan group coaching di telegram dan whatsapp oleh saya sendiri .
.
Jgn salahkan HQ jika x dpt buat sales . Salahkan diri sendiri yg tak pandai guna peluang . Bila buat kelas tak nak datang . Kemudian salahkan HQ dan tebar fitnah bila tak perfome .
.
Mengenai harga pula , banyak harga berbeza sejak isu fake berleluasa . Pastikan beli PERLAKING yg ada hologram untuk lebih selamat . Saya tak kisah kalau org kata dia dropship lah , agen lah , kalau dia sendiri jual barang harga RM30 . Entah dia jadi agen siapa tak tahu .
.
Jangan kata ramai leader rugi . Ada yg siap beli kereta dan keluarkan produk sendiri lagi . Boleh belek album testimoni leader kami .
.
Dalam bisnes kdg2 ada jugak yg saya buat silap , kdg2 selalu buat keputusan ikut jenis otak seminit . Kemudan tarik balik . Maafkan saya atas sikap ini sebab saya sentiasa belajar perkara baru dalam bisnes .
.
Adik beradik saya sendiri mampu jual PERLAKING , saya sendiri masa raya pun jual perlaking dkt Felda Lakum kampung saya . Bisnes ni jangan harap pada orang , kita kena gerak sendiri . Orang dah bantu beri seminar PERCUMA , banner PERCUMA , flyers PERCUMA , kelas coaching PERCUMA pun tak nak guna lagi .
.
Kebanyakan org yg tak puas hati dengan saya dlm bisnes sebenarnya telah dimarah dan dimaki oleh saya sendiri . Saya mmg garang dalam bisnes . Boleh scroll status bisnes saya yg lama2 2013-2014 dan tengok cara saya menulis . Sebab tu saya cakap saya penat nk jadi baik biarlah saya kembali menjadi laser supaya korg tak fikir saya ni plastik atau ape .
.
Salah ke jadi laser ? Saya cuma jnis yg suka beterus terang . Tak perlulah nk kata itu ini mcm korg kenal saya dan pernah jumpa saya depan2 . Org yg pernah jumpa saya depan2 tak pernah ada masalah pun dgn saya . Ubahlah attitude sendiri rakyat Malaysia .
.
Percayalah pada konsep rezeki . Jgn join bisnes jika takut rugi .
.
Now saya akan slow2 undur diri daripada bisnes , biarlah saya bantu keluarga , adik beradik sendiri dan kawan2 untuk jadi pengasas pula .