Ajal Dilanggar Anak Sendiri|Seorang warga emas maut setelah dilanggar anaknya sendiri di Batu 6, Jalan Kuantan-Gambang berdekatan gelanggang futsal Ferro menghala ke Kuantan, dekat sini semalam
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Ab. Jabar Ab. Wahab, 69, yang berasal dari Kampung Permatang Badak, dekat sini maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.
Difahamkan dari Utusan Online, mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave baru selesai membeli barangan keperluan untuk perniagaan gerai makanan yang diusahakannya sebelum dilanggar anak lelakinya, Ahmad Shahrim, 41, yang menaiki kereta Perodua Viva.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintenden Mohd. Noor Yusof Ali berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa membuat pusingan U di lokasi kejadian.
Semasa memasuki laluan utama, mangsa dilanggar sebuah kereta Perodua Viva dari arah belakang dan hentakan kuat mengakibatkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga untuk urusan pengebumian,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut Mohd. Noor, Ahmad Shahrim tidak mengalami sebarang kecederaan namun ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah.
"Keadaan cuaca adalah baik dan permukaan jalan kering sewaktu kejadian manakala jalan di lokasi adalah dua lorong sehala dengan satu lorong susur.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan" katanya.