V Shem - Tan Wee Kiong Sumbang Perak Ketiga Malaysia

V Shem - Tan Wee Kiong Sumbang Perak Ketiga Malaysia -

Rio, 20 Ogos - Gandingan beregu badminton lelaki negara, V Shem - Tan Wee Kiong, membawa pulang perak ketiga Malaysia apabila tewas kepada beregu dari China dalam final acara badminton beregu lelaki Olimpik.

Biarpun kelihatan sedikit gugup pada awal set pertama perlawanan, pasukan badminton negara berjaya mengejar dan memenangi set tersebut dengan mata 21-16.

Set kedua pula menyaksikan beregu negara tewas dengan mata 11-21 seterusnya membawa perlawanan kepada set ketiga.

Set ketiga pula merakamkan pertempuran sengit antara dua beregu itu namun pasukan beregu China berjaya memenangi set tersebut dengan mata 23-21.

Tahniah kepada kepada V Shem - Tan Wee Kiong.