Tak Apa Pandelela, Kamu Masih Lagi Pulang Dengan Satu Pingat Perak -
Rio, 19 Ogos : Final acara 10 meter platform individu wanita melihatkan penerjun negara, Pandelela dan Nur Dhabitah menamatkan acara itu pada kedudukan ke 6 dan 11.
Emas dan perak acara itu dirangkul oleh penerjun dari China yang dilihat mendominasi acara itu. Pingat gangsa pula dimenangi oleh penerjun dari Kanada.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah kepada Pandelela dengan berkata biarpun tidak berjaya, Pandelela sudah pun mengharumkan nama negara dengan memenangi perak dalam acara platform bergandingan sebelum ini.
"Berbanggalah. Kamu masih lagi pulang dengan satu pingat perak", kata KJ.
Sementara itu KJ juga turut memuji penerjun muda negara, Dhabitah menerusi Twitternya.
"Tahniah Dhabitah, 17 tahun beraksi dalam Olimpik. Kamu mempunyai masa depan yang cerah", tulis KJ.
Selain itu KJ juga turut mengakui kehebatan penerjun China.
"Insitut Sukan Negara, tolong tengok macam mana penerjun-penerjun China terjun ke dalam kolam tanpa ada percikan pun. Wow.", kata KJ.
Related Posts :
"Dia Bersalah Dia Akan Dihukum, Saya Merayu Jangan Libatkan Anak Saya Yang Tak Berdosa," Rayu Isteri Suspek"Dia Bersalah Dia Akan Dihukum, Saya Merayu Jangan Libatkan Anak Saya Yang Tak Berdosa," Rayu Isteri… Read More...
Olimpik : Chong Wei Bawa Pulang Perak Keempat NegaraOlimpik : Chong Wei Bawa Pulang Perak Keempat Negara - Rio, 20 Ogos - Datuk Lee Chong Wei membawa… Read More...
"Hari-Hari Sakat Isteri Kata Nak Perempuan Lain,Isteri Juga Manusia Hati Perlu Dijaga," Pesanan Ustaz Ini Kepada Lelaki Di Luar Sana"Hari-Hari Sakat Isteri Kata Nak Perempuan Lain,Isteri Juga Manusia Hati Perlu Dijaga," Pesanan Usta… Read More...
Lelaki Ini Dedah Bagaimana Dia Langsaikan Semua RM11,000 Hutang Lapuk PTPTN Guna Akaun 2 KWSPLelaki Ini Dedah Bagaimana Dia Langsaikan Semua RM11,000 Hutang Lapuk PTPTN Guna Akaun 2 KWSP - P… Read More...
100 Cedera Selepas Bergaduh Dek Kerana Drama India100 Cedera Selepas Bergaduh Dek Kerana Drama India - Dhaka, 21 Ogos: Satu pergaduhan tercetus a… Read More...