Pelayan Restoran Terima Tip RM2,000 Dari Pelanggan Yang Memesan Minuman RM1.50, Semuanya Kerana Kebaikan Yang Dibuat Semalam

Pelayan Restoran Terima Tip RM2,000 Dari Pelanggan Yang Memesan Minuman RM1.50, Semuanya Kerana Kebaikan Yang Dibuat Semalam -

Dallas, 21 Ogos -Seorang pelayan sebuah restoran di sini tergamam apabila diberi tip sebanyak $500 (RM 2,000) oleh pelanggan misteri.

Pelayan tersebut, Kasey Simmons, yang bekerja di Restoran Applebee tergamam ketika menyedari jumlah tip yang diberikan itu walhal minuman yang mereka pesan sangat murah, $0.37 (RM1.50).

'Mereka memesan benda yang paling murah dalam menu, air berperisa", kata pelayan tersebut, Kasey Simmons.

Bersama tip tersebut, disertakan satu nota yang menjelaskan mengapa pelanggan misteri itu sanggup memberikan tip sebanyak itu.

Sehari sebelumnya, Simmons pergi membeli belah di sebuah pasaraya di kawasan berdekatan. Ketika mahu membuat pembayaran, dia terserempak dengan seorang wanita tua yang kelihatan murung.

Tidak seperti pengunjung-pengunjung lain, Simmons menghampiri dan berbual dengan wanita tersebut.

Simmons berbual-bual untuk menceriakan wanita itu dan juga membayar kesemua barangan yang diambil oleh wanita tersebut, tanpa bertanyakan apa masalah yang menimpa wanita itu.

"Ia hanya $17 (RM68), tapi ia bukannya tentang duit. Ianya untuk menunjukkan seseorang yang anda mengambil berat tentang dia", kata Simmons.

Tip RM2000 itu datang dari anak kepada wanita tua yang ditolongnya semalam. Menurut nota yang ditanggalkan, wanita tua itu sedang bersedih namun dia cuba hidup seperti normal pada hari ulang tahun kematian suaminya.


"Pada hari yang paling menyedihkan setiap tahun... kamu telah membuat hari ibu saya ceria

"Kamu berdegil untuk bayar. Beritahu dia yang dia adalah seorang yang cantik. Sudah lama saya tak nampak dia senyum selebar itu sejak ayah meninggal", tulis nota itu.

Simmons berkata, dia tidak menyangka bahawa kebaikan kecil yang dibuat olehnya itu akan memberikan impak yang besar ke atas wanita tua itu. - Siakapkeli.my