Rio, 8 Ogos - Pelbagai kisah duka, perit dan pelik dapat disaksikan sepanjang Olimpik Rio yang baru sahaja berlangsung beberapa hari lepas.
Sebelum ini, dunia dikejutkan dengan seorang atlet gimnastik Perancis yang patah kaki (keting) ketika beraksi dan yang terbaru, orang ramai tertanya-tanya apakah parut-parut bulat yang wujud di badan ramai atlet ketika beraksi di Olimpik Rio.
Tanda-tanda merah itu mula mendapat perhatian setelah perenang dari USA, Micheal Pelps memenangi acara berenang 4x100m gaya bebas lelaki.
Dan sebagaimana yang sudah kita jangka, ia adalah bekas berbekam.
Mungkin bagi kita ia benda yang biasa sahaja, tapi bagi orang luar negara - terutamanya orang barat - ia merupakan sesuatu yang baru.
Cerita tentang parut-parut merah itu mendapat perhatian di beberapa portal antarabangsa, termasuklah Business Insider, BBC, CNN, Independent, inquisitr dan pelbagai lagi.
Kini, sudah terbukti rawatan tradisional bekam tersangat mujarab sehingga diguna pakai oleh atlet-atlet sebelum beraksi di dalam sesebuah kejohanan.
Kepada yang mahu membuka rawatan bekam di luar negara, ini mungkin masa terbaik kerana satu dunia sudah mengenalinya dan anda tidak perlu melaburkan wang untuk membuat 'marketing'. Terima kasih kepda Micheal Pelps. - Siakapkeli.my