China, 1 Ogos - Alexander Pieter Cirk, 41, kecewa apabila kekasih yang berjanji untuk bertemunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Changsha Huanghu, China tidak kunjung tiba biarpun sudah 10 hari dia menunggu di lapangan terbang itu.
Difahamkan, Alexander terbang dari Holland untuk membuat kejutan kepada kekasih berusia 26 tahun itu yang dikenali menerusi internet.
Zhang |
Selepas dua bulan berkenalan dengan aplikasi sosial, cinta mula berputik diantara mereka dan Alexander mengambil keputusan untuk terbang sejauh 4,500 km semata-mata mahu menghapus jurang jarak antara mereka.
Malang bagi Alexander, setibanya dia di lapangan terbang Changsha, wanita yang dikenali sebagai Zhang itu tidak kelihatan.
Tidak mahu putus harapan, Alexander membuat keputusan untuk tinggal di lapangan terbang itu dan menunggu kekasih online-nya itu.
Namun, selepas 10 hari menunggu, Alexander akhirnya dimasukkan ke hospital kerana terlalu keletihan.
Setelah berita tentang Alexander mendapat liputan media di China, Zhang kemudian menghubungi Hunan TV dan menjelaskan bahawa dia tidak faham dengan gambar maklumat penerbangan yang diberikan oleh Alexander. Zhang juga berkata, sebelum ini dia dan Alexander telah bersetuju untuk menunggu setahun untuk berjumpa.
Alexander kelitahan selepas 10 hari menunggu di lapangan terbang. |
Zhang berkata, dia tidak dapat bertemu dengan Alexander di lapangan terbang kerana dia berada di luar untuk melakukan pembedahan kosmetik di Zhengzhou, wilayah Henan.
Zhang juga ada memberitahu wartawan bahawa dia masih lagi berminat untuk menjalin hubungan dengan Alexander selepas apa yang berlaku.
Namun, Alexander kini sudah kembali ke Holland dengan hati remuk selepas kegagalan membuat kejutan untuk kekasihnya itu. - Siakapkeli.my