Jerebu Kembali Landa Negara, Agensi Indonesia Beri Amaran Krisis Jerebu Serantau Mungkin Berulang

Jerebu Kembali Landa Negara, Agensi Indonesia Beri Amaran Krisis Jerebu Serantau Mungkin Berulang -

Kuala Lumpur, 16 Ogos - Jerebu yang kerap melanda negara dilihat kembali berulang mulai tengah hari ini.

Semakan di laman web Jabatan Alam Sekitar mendapati sehingga jam 10 pagi ini, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara menunjukkan bacaan sederhana iaitu kurang daripada 100. Petaling Jaya dan Shah Alam masing-masing mencatatkan bacaan IPU 54 dan 60 manakala bacaan tertinggi ialah di Kemaman, Terengganu iaitu 70. IPU terendah dicatat di Sandakan, Sabah dan ILP Miri, Sarawak iaitu 27.

Bacaan IPU antara 0-50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat); 201-300 (sangat tidak sihat) dan 301-400 sebagai berbahaya.

Sementara itu, Ketua Badan Meterologi, Kilmatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, memberi amaran bahawa kecenderungan angin bertiup ke arah tenggara mungkin akan menyebabkan krisis jerebu di negara serantaunya.

"Pada masa ini, angin cenderung bertiup ke arah tenggara. Jika asap jerebu berlaku, kemungkinan besar ia akan dibawa oleh angin ke negara-negara jiran kita," katanya.

Sumber : BH Online, Sarawakiana