Tidak dinafikan tugas seorang guru kini bukan semata-mata mengajar sahaja, mereka kini perlu melakukan pelbagai kerja disekolah, ada yang jadi jurulatih sukan, pengadil bola sepak, ada yang menjadi tukang hias bilik darjah dan pelbagai lagi, tambah-tambah ada pegawai JPN hendak datang melawat sekolah.
Sejak semalam menjadi viral di laman sosial beberapa keping gambar menunjukkan kelibat seorang guru sekolah yang naik dan menolak troli membawa barang seperti seorang kanak-kanak.
Gambar yang dimuatnaik oleh seorang guru bernama Cikgu Asmadi Samad telah mendapat perhatian ramai termasuk Siakapke Keli Press dan ia mendapat reaksi yang positif daripada netizen.
Ada yang menyifatkan tindakan guru berkenaan adalah salah satu cara untuk melepaskan tekanan sama seperti orang lain dan ada yang menganggap ianya kelakar namun tidak terlepas ada yang komen negatif seolah-olah tidak faham hati seorang manusi.
Jom kita baca komen-komen netizen
Ternyata berdasarkan komen yang diberikan, rata-rata mereka memberikan komen yang positif, guru juga manusia biasa yang memerlukan cara tersendiri untuk menghilangkan penat dan merehatkan minda mereka selepas seharian bekerja. - Siakapkeli.my