Akibat Tekanan Ketika bekerja, Golongan Profesional Antara Ratusan Pesakit Harian Di Klinik Psikiatri HKL

Akibat Tekanan Ketika bekerja, Golongan Profesional Antara Ratusan Pesakit Harian Di Klinik Psikiatri HKL -

Klinik Psikiatri Hospital Kuala Lumpur telah menerima purata 160 pesakit setiap hari di mana mereka mengalami masalah mental daripada yangs serius seperti skizofrenia sehingga yang paling kerap dialami seperti depresi (kemurungan), lapor FMT.

Daripada beratus yang datang seharian itu,kebanyakkan yang datang ke klinik yang menyediakan 79 buah katil perkenaan adalah terdiri daripada wanita yang sejumlah besarnya terdiri daripada golongan profesional serta mempunyai pangkat yang tinggi.

Akibat rawatan kos yang tinggi untuk rawatan yang sama di hospital swasta, klinik berkenaan menjadi tumpuan untuk masalah berkaitan psikiatri.

Ia mencerminkan betapa serius masalah depresi seperti dialami serata negara – pada tahun lalu, umpamanya, Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan mendapati kenaikan berganda peratusan rakyat negara ini yang mengalami depresi, 29% daripada 12% pada 2011.

Apa sebenarnya yang menyebabkan mereka mengalami depresi?

"Tekanan untuk memuaskan hati ramai pihak, sukar puas hati dengan pencapaian dan ambil sesuatu perkara secara amat serius juga boleh menyebabkan individu murung." 

"Kebiasaannya, individu terbabit berpandangan negatif pada diri sendiri, suka mencari salah orang atau sendiri, di mana golongan yang berisiko mengalami depresi termasuk mereka yang menceburi bidang dengan tekanan tinggi, termasuk doktor, jurutera dan ahli politik," kata pakar psikiatri HKL, Dr Tan Lee Khing.

Dr Tan berkata walaupun depresi tidak ada punca spesifik, ia mungkin ada hubung kait dengan faktor genetik, kehidupan masa lampau atau cara seseorang dibesarkan, semuanya perkara yang cuba dicungkil pakar dalam tempoh rawatan.

Katanya, stigma masyarakat terhadap pesakit depresi tidak membantu membanteras penyakit ini.

"Mereka yang berdepan dengan kemurungan ini perlu mendapat sokongan masyarakat. Ramai ambil sikap sambil lewa biarpun menyedari ada di kalangan orang terapat menunjukkan tanda awal kemurungan."

"Depresi ini disebabkan bahan oleh kimia Serotonin dan noradrenalin yang tidak seimbang di dalam otak, di mana ia boleh dirawat melalui ubat anti-depresi tetapi bergantung tahap serius individu tersebut."

"Pesakit diberi sokongan moral bahawa penyakit mereka berpotensi sembuh. Pesakit perlu sokongan positif daripada orang tersayang seperti keluarga dan rakan-rakan. Setiap orang memiliki hak untuk gembira dan hidup bebas tekanan," katanya.

Sepanjang tiga tahun berkhidmat di sini, beliau mendapati faktor seperti kekangan kewangan, penderaan, menjadi mangsa buli dan obsesi berlebihan antara penyebab depresi.

"Seseorang yang terlalu sedih dengan masalah dihadapinya dalam tempoh lama akan hilang fokus, kurang selera makan dan cepat putus asa. Dari situ mereka terfikir untuk membunuh diri kerana rasa sudah hilang harapan untuk teruskan hidup," katanya lagi.

Nasihat Dr Tan kepada orang ramai?

"Jangan ambil mudah terhadap masalah kemurungan. Waspada dengan sekeliling anda terutama ahli keluarga yang berpotensi alami kemurungan untuk segera dapatkan rawatan." - Siakapkeli.my