Moskow - Semata-mata untuk mengambil foto yang cantik, seorang gadis Rusia, Angelina Nikolau, 23, sanggup menjelajah dunia dan mendaki pencakar-pencakar langit seterusnya menjadikannya selebriti internet.
Malah, gadis itu sanggup menjelah China dan Hong Kong untuk selama tiga minggu untuk mengambil gambar berani mati - sehingga 300 kaki dari tanah.
Tapi, gambar yang diambil bukan sekadar selfie, malah turut menyertakan gambar dia melakukan aksi gimnastik, dengan hanya beberapa inci dari penghujung antara bangunan-bangunan tertinggi di dunia.
Antara imej yang dirakam menunjukkan gadis itu berbaring pada puncak sebuah bangunan dengan kakinya berada hanya beberapa sentimeter daripada kedudukan yang membolehkannya terjatuh.
Nikolau kemudian memuat naik gambar-gambar itu di laman Instagramnya dengan kapsyen seolah-olah dia menikmati setiap foto di puncak bangunan-bangunan itu.
Bagaimanapun, gadis tersebut tidak terlepas daripada kecaman apabila pengguna media sosial Rusia menyatakan dia perlu berhenti berbuat demikian kerana boleh mempengaruhi orang lain melakukan perbuatan serupa selain mengakibatkan dirinya cedera.
"Anda terlalu muda dan cantik. Tindakan itu tidak wajar untuk nyawa anda," kata seorang pengguna Instagram, just-joslyn.
Foto-foto Nikolau kemudian dipopularkan oleh portal-portal berita antarabangsa seperti Dailymail, The Sun, Telegraph dan pelbagai lagi. - Siakapkeli.my
Sumber : Dailymail