SHAH ALAM - Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini mencabar golongan belia di negara ini menceburi sektor pekerjaan sukar, kotor dan berbahaya (3D) jika enggan kerajaan membawa masuk 1.5 juta pekerja asing dari Bangladesh.
Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, hanya sebilangan kecil rakyat Malaysia yang 'sudi' bekerja di sektor 3D berbanding jumlah rakyat yang hanya pandai mengkritik tindakan kerajaan yang mahu membawa masuk 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh.
"Realiti ekonomi perlu dibangunkan dan ia memerlukan tenaga kerja. Kita ada tangga kerja seperti pekerja mahir dan separa mahir. Secara idealnya, kita mahu semua tangga kerja itu dipenui. Tetapi berapa ramai yang sanggup bekerja dalam sektor yang enggan diceburi oleh rakyat Malaysia termasuk bekerja di kilang perabot?
"Industri itu memerlukan lebih 160,000 pekerja. Pengilang mengadu, rakyat Malaysia yang diberi pakej upah dan gaji bagus, namun tidak tahan dengan tanggungjawab. Baru kerja dua tiga bulan sudah cabut (berhenti," katanya, lapor Berita Harian Online.
JOM BACA SETERUSNYA DISINI