Siti Perlu Belajar Dari Datuk Vida Cara Berniaga

vida siti


KEGAGALAN Siti Nurhaliza menangani masalah perniagaan telah menyebabkan Siti tidak teragak-agak menyalahkan GST dan kejatuhan nilai ringgit. Ini merupakan sikap yang cukup tidak profesional bagi seorang usahawan wanita. Alasan dan menunding jari kepada pihak lain tidak akan mampu memperbaiki dan memajukan sesebuah perniagaan itu.
Siti sepatutnya belajar dari Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang lebih dikenali dengan nama Datuk Seri Vida, cara-cara untuk menjalankan perniagaan. Jatuh bangun Datuk Vida dalam perniagaan tidak pernah menjadi alasan untuk beliau menyalahkan sesiapa pun.
Perbezaan yang paling ketara antara dua usahawan ini adalah taraf pendidikan mereka. Semua pihak amat maklum bahawa Siti Nurhaliza hanya mampu belajar sehingga ke peringkat SPM sahaja. Bagi Datuk Vida pula, beliau seorang yang amat mementingkan pendidikan sebagai bekalan untuk menghadapi cabaran dunia luar dengan lebih baik.
Ibu Datuk Vida terpaksa menjual sebidang tanah untuk menyara kos perbelanjaannya di Universiti Sains Malaysia. Malahan Datuk Vida turut melakukan tiga pekerjaan semasa beliau bergelar pelajar universiti.
Setelah berjaya menggenggam Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteran Melayu dan Sejarah), Datuk Vida meneruskan pengajian Doktor Falsafah secara jarak jauh. Banyak perbezaan diantara usahawan yang berilmu dan tidak berilmu.
Selain daripada itu juga, keberanian untuk berbeza dan tidak menjadi usahawan biasa-biasa dilihat turut menyumbang kepada kejayaan luarbiasa Datuk Vida. Dengan usaha yang gigih, istiqamah yang tinggi dan memohon kepada Allah tanpa henti turut menjadi pencetus kejayaan beliau.
Memetik sumber awani, Siti Nurhaliza mengecam GST sebagai antara punca prestasi buruk Simplysiti. Beliau menganggap GST punca barang-barang mengalami kenaikan harga.
"Kami terkesan dengan kejatuhan ringgit kerana kami terlibat dalam pengimportan bahan-bahan dari luar negara khususnya Korea. Benar, jika dilihat pada transaksi SimplySiti, jualannya mencecah angka jutaan ringgit setahun. Namun, kami juga menghabiskan puluhan ribu ringgit sebulan untuk melunaskan tuntutan GST.

BACA SETERUSNYA DISINI