Petua Hilangkan Kesan Deodarant Pada Baju dan Pelbagai Lagi Kotoran Degil

Petua Hilangkan Kesan Deodarant Pada Baju dan Pelbagai Kotoran Degil
Bila dah bergelar isteri dan ibu, tak sah satu hari kalau tiada pakaian yang tak menempel dengan kotoran. Tambah lagi bila anak sudah mula sekolah mengerjakan baju putih itu memang satu hal.
Tapi satu lagi kotoran yang kerap kita alami dengan pakaian putih ini adalah kesan kuning pada ketiak baju berikutan penggunaan deodarant. Bila lama tidak disental, kesan ini akan menempel dan lebih sukar untuk dihilangkan. Memang tension dibuatnya lebih-lebih lagi jika itu baju feveret suami.

Jadi hari ini VK kongsi cara untuk menyelesaikannya selain petua nak hilangkan kotoran degil selain menggunakan sabun. Kalau dah sental-sental tak hilang juga ikut petua ini. So simpan artikel ni okay.

1. Hilangkan kesan kuning pada ketiak baju
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/0401/baking%20soda.jpg
Untuk menghilangkan noda dan kuning ketiak di baju, anda boleh gunakan campuran baking soda dan air. Taburkan di bahagian baju yang kotor. gosok dan bilas. Atau boleh juga perahkan limau nipis di bahagian ketiak baju dengan biarkan seketika. Kemudian letak sabun basuh lalu cuci seperti biasa. Ulangi jika kesan belum hilang.

2. Hilangkan kesan tahi lalat pada baju putih dan warna cerah
Campur cuka ke dalam setengah liter air.Kemudian rendam pakaian anda yang terkena tahi lalat dalam campuran air cuka tadi. Rendam semalaman. Keesokan hari cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa. Atau gosok pakaian yang terkena tahi lalat dengan air limau nipis dan garam. Seterusnya jemur di bawah matahari terik. Selepas kering, ulang perkara yang sama sehingga tahi lalat atau kulat tadi hilang.

3. Bersihkan Pakaian Terkena Cat
Rendamkan pakaian yang terkena cat dengan minyak tanah terlebih selama beberapa jam, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.

JOM BACA CARA SETERUSNYA DISINI