Waktu scroll timeline di Facebook, VK terjumpa satu posting tentang bento spageti comel yang dibuat untuk bekalan anak ke sekolah. Terdetik dalam hati gigih lah ibu ni. Cuba korang tengok bento-bento tu, kagum tak?
Soalan pertama yang terlintas dalam fikiran VK pukul berapa dia bangun untuk siapkan semua ni. Kalau ibu ni bekerja memang respek. Disebabkan keinginan mendalam nak tahu lebih lanjut cerita ini maka VK sanggup PM pembuat bento ini untuk mencungkil cerita.
Dikenali sebagai Yan Diana, ibu kepada empat anak ini suka untuk berkongsi kisah tentang bento berhias yang menjadi hobinya sejak dua tahun lalu. Menghasilkan bento-bento ini kerana menyukai benda-benda comel katanya, dia bangun seawal 4.30 pagi setiap hari untuk membuat bekalan ini.
Hampir setiap hari reka bentuk bento yang dibuat berbeza berdasarkan kepada permintaan anak-anaknya. Bersandarkan minat dan anak-anak pun menyukainya maka tiada bebanan dirasakan untuk membuatnya.
JOM BACA DAN TENGOK GAMBAR SETERUSNYA DISINI