8 Perkara Yang Membuatkan Saya Berhenti Menjerit Dan Menenking Anak-Anak Saya

Anda menempuhi hari-hari seperti biasa di pejabat.Keletihan. Tertekan dengan kerenah bos mahupun rakan sekerja yang pelbagai. Ditambah dengan bebanan kerja yang menimbun hari demi hari.
Terasa alangkah indahnya kalau boleh dibelah badan ini supaya semua kerja dapat disiapkan serentak. Stress!
Anda berharap dapat segera pulang kerumah.
Dapat melepaskan lelah dihadapan televisyen sambil menonton drama kesukaan anda. Terbayang pula baki pavlova semalam. Tak sabarnya nak makan! "Oh Tuhan, cepat la pukul 5 menjelang tiba", anda berdoa di dalam hati.
Sebaik sahaja sampai di rumah, anda mendapati pintu gril di rumah tak berkunci. Anda mula tidak berpuas hati.
Masuk sahaja ke dalam rumah, keadaan bagaikan tongkang pecah. Barang permainan dimerata-rata hinggakan sakit kaki apabila terpijak lego yang bersepah. Hati dah mula menjadi panas.
Di dapur ketika hendak memasak untuk makan malam, tiba-tiba anda terjumpa serpihan pinggan kesayangan anda dilantai. Anda segera memeriksa tong sampah. Betul sangkaan anda. Pinggan tersebut pecah!
"Tak boleh jadi ni", getus hati anda. Anda jerit sekuat hati memanggil anak-anak anda yang sedang leka bermain.
Saat itu, anda sudah bertukar menjadi raksasa yang sangat menggerunkan. Apa yang terjadi selepas itu, pasti serba tidak kena.
Anak-anak menjadi mangsa anda melepaskan bebanan stress yang dikumpul dari pejabat lagi.
Keesokan harinya, anda menyesal dan berjanji pada diri sendiri untuk tidak akan menengking mereka lagi.
Pernahkah anda mengalami situasi ini?
Saya pernah.
Sukar sebenarnya untuk mengawal perasaan marah dan penat. Kita hanyalah manusia biasa. Tetapi kita sering berharap dapat menjadi ibu yang lebih baik pada anak-anak kita.
Disini, saya mahu berkongsi 8 perkara yang membuatkan saya pelajari dalam cubaan memperbaiki diri menjadi ibu yang lebih baik.
Alhamdulillah sejak itu, saya tidak lagi menengking atau memarahi anak-anak saya mengikut perasaan saya. Anak-anak bukan dimarahi untuk kita melepaskan geram, tetapi mereka dimarahi dengan niat untuk mendidik.

#1 Anak adalah anugerah dan amanah Allah yang paling berharga

Pernahkah kita terfikir perasaan pasangan yang menangis siang malam berharap dikurniakan cahaya mata untuk menyerikan rumah tangga mereka?
Bagaimana pula perasaan pasangan yang anak mereka meninggal dunia kerana kecelakaan, kemalangan atau penyakit?
Tidak semua bernasib baik seperti kita. Jika kita menghadapi situasi seperti mereka, adakah kita akan melayan anak-anak sama seperti yang layanan yang kita berikan sekarang?
Tepuk dada, tanya diri. Bersyukurlah dengan nikmat yang kita perolehi sekarang. Kita tidak tahu selama mana Allah meminjamkan nikmat tersebut pada kita. Jagalah amanah tersebut sebaiknya. Bukan tempat kita melepaskan marah dan penat kita.

#2 Anak-anak memerhati setiap perbuatan kita

Di hadapan orang lain, saya selalu berusaha untuk mengawal kemarahan saya apabila anak-anak mula membuat perangai.
Kebenarannya, saya takut orang lain akan melabel saya sebagai ibu yang garang. Saya mahu dikenali sebagai ibu yang penyayang dan penyabar.
Saya terlalu memikirkan pandangan orang lain. Sedangkan saya terlupa pandangan anak-anak terhadap diri sayalah yang paling penting!
Sepatutnya kepada merekalah saya kena berusaha untuk menunjukkan bahawa saya adalah ibu yang penyayang, penyabar dan bukan kaki menjerit.
Saya mahu anak-anak saya memberitahu semua, "ibu saya adalah ibu yang terbaik sekali di dunia!".

anak comel
Kredit gambar: Syafirol Hafiz Arsad

BACA SETERUSNYA DISINI