5 Kategori Perut Buncit Selalu Dialami Wanita

5 Kategori Perut Buncit Selalu Dialami Wanita
Selain hamil, bila lihat perut menonjol semua akan melabelkannya sebagai buncit dan kalau dah buncit tu buncit la kan. Ramai yang tak tahu bahawa perut buncit ini ada kategorinya dengan penyebab yang mungkin berbeza.

Lima  jenis masalah perut buncit ini selalu dialami wanita, cuba perhatikan mana tahu kena dengan keadaan perut anda.

1. Perut Pir                                                                                                                                                                                                                                                                     Individu ini miliki pinggang yang ramping, tapi bahagian perut bawah lebih besar selain ada lebihan lemak  di pinggul. Mereka juga punya lemak yang sukar dihilangkan pada bahagian peha. Ia akan menyebabkan perut berbentuk seperti buah pir.

Sebahagian wanita mengalami perut pir ini kerana faktor estrogen, sama ada akibat genetik atau  ketidakseimbangan hormon. Estrogen bertanggungjawab untuk menciptakan potongan tubuh feminin pada wanita apabila balig selain turut mencipta punggung dan paha yang bulat, serta menyediakan lemak sewaktu hamil.

Jika sel-sel lemak di bahagian ini, yang sensitif untuk hormon wanita, dihasilkan secara berlebihan, berat badan akan terus berkumpul dan menyebabkan bentuk tubuh seperti buah pir. Untuk mencegah bahagian bawah tubuh lebih besar, hindari makanan tinggi lemak yang berkait dengan peningkatan estrogen.

2. Perut Ibu                                                                                                                                                                                                                                                              Tiga bulan atau lebih selepas bersalin perut anda kelihatan seperti masih hamil. Bahagian perut  kendur, tiada bentuk dan ada yang menggeleber.  Perut yang tidak rata selepas bersalin terjadi kerana sewaktu hamil dan melahirkan, otot-otot perut terbahagi menyebabkan rahim dan perut melebar mengikuti perkembangan bayi.

Setelah bersalin, kedua sisi otot seharus secara semula jadi bersatu. Jika ini tidak terjadi, perut akan kelihatan besar dan buncit. Sebahagian masalah ini akan diatasi sendiri selepas bersalin dan ada juga yang mengambil masa lima hingga tujuh bulan untuk kembali rata.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/120115/stomach-bloat-400x400.jpg
3. Perut Tiroid
Penyakit tiroid bukan hanya menyebabkan bahagian perut wanita saja membesar tapi bahagian tubuh  lain juga akan kelihatan membengkak termasuk lengan dan kaki. Dapatkan pemeriksaan bila melihat perut dan bahagian tubuh lain anda dalam keadaan begini.

Penyebabnya adalah kelenjar berbentuk kupu-kupu di leher yang menghasilkan satu hormon untuk mengawal kadar tubuh memproses kalori dalam makanan. Tanda-tanda tiroid yang harus diawasi adalah mudah penat, kaki sejuk dan metabolisme lambat.

4. Perut Stres
Ramai tak tahu buncit jenis ini. Perut menonjol dari bahagian bawah bawah payu dara tapi tidak sampai hingga ke bawah perut. Penyebab masalah ini, menurut Dr Marilyn Glnevile, penulis Fat Around the Middle, adalah berada dalam situasi stres.

"Bila stres dan tiada aktiviti fizikal dilakukan semua kelebihan energi tidak akan pergi ke mana-mana. Jadi, ia hanya akan disimpan kembali sebagai lemak," katanya.
Atasi masalah ini dengan mengawal tahap stres dan cukupkan tidur. Makan sedikit  tapi kerap juga membantu mengatasi masalah ini.

JOM BACA 1 LAGI KATEGORI DISINI