5 Jenis Fesyen Buat Wanita Muda Dipanggil Makcik

5 jenis fesyen buat wanita muda dipanggil makcik
Siapa tak sentap bila orang yang usia sebaya panggil kita makcik. Walhal anda bukanlah tua sangat, baru umur 30 tahun. Mengapa ya ? Kalau situasi ini kerap berlaku pada anda mungkin dah tiba masa cara pemakaian anda diubah kerana itulah puncanya.
 
1.Serba hitam
Memang pakai serba hitam akan buat diri nampak kurus tapi sebenarnya warna ini juga buat wajah nampak kusam dan tua.  Jadi gabungkan hitam dengan warna lain. Sebagai contoh memakai  tudung warna biru ke, seluar coklat atau putih. 
 
2.Silap pilih bra
Pemilihan bra yang salah boleh buat payu dara nampak melendut macam orang tua. Ada juga yang buat ia terlebih menonjol. Oleh itu sebelum beli, pilih yang betul-betul sesuai, jangan segan dapatkan pandangan atau nasihat daripada jurujual.  
 
3. Baju turtlenecks
Memang jarang yang pakai tapi bila duduk di pejabat  yang sejuk ada juga yang suka mengenakan  baju tutup leher. Sebenarnya baju ini akan buat leher anda kelihatan tenggelam. Jika anda pendek lagi tak kena. 
 
4. Pakai baju besar
Kononnya teknik ini akan menyebabkan tubuh gemuk anda dapat disembunyikan. Tapi sebenarnya anda akan nampak lebih gemuk dengan baju besar ni.  Bukan bermakna anda perlu pakai baju ketat tapi pilih baju yang sederhana tidak terlaku besar dan tidak terlalu ketat. 
 
BACA SELANJUTNYA DISINI