Melihatkan perkara yang terjadi pada Ayda Jebat ini, ada eloknya jika barisan selebriti lain lebih berjaga-jaga dengan laman sosial mereka. Bagi pelakon dan penyanyi ini, akaun Instagramnya yang digodam membuatkan dirinya sedih dan terkilan.
“Saya rasa sangat sedih kerana akaun Instagram saya digodam. Rasa macam nak nangis. Saya memang aktif menggunakan Instagram sebagai medium untuk berhubung dengan peminat-peminat saya”
“Saya juga selalu berbalas-balas komen di laman Instagram dan mengemaskini aktiviti harian saya bersama peminat. Apabila perkara ini terjadi, saya rasa sangat terkilan,” jelas Ayda kepada portal Murai.

Menggunakan laman sosial tersebut untuk berkomunikasi bersama peminatnya, Ayda juga mengingatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran iPhone 6S percuma yang dipaparkan di laman Instagram miliknya itu kerana perkara tersebut adalah helah daripada pihak penggodam.
Sebelum ini, Sharnaaz juga turut menjadi mangsa penggodam selain turut mengakui melaluiMelodi bahawa password yang digunakan adalah lemah dan mudah untuk diteka. Pesanan untuk anda juga, buatlah password yang payah-payah sikit.
Sumber: Rotikaya