Inilah Kisah SEBENAR Video Bapa Menyimbah Air Dan Halau Anak-Anaknya Yang Jadi VIRAL Baru-Baru Ini !!!

Inilah Kisah Sebenar Video Bapa Menyimbah Air dan Halau Anak-Anaknya

'Jangan terlalu cepat untuk kita menyalahkan sebelah pihak sekiranya kita tidak tahu cerita yang sebenar-benarnya. Saya berjiran dengan lelaki tersebut dan kenalan rapat dengannya. Beberapa bulan sebelum kejadian..'

Sebuah rakaman video yang memaparkan kekecohan melibatkan seorang bapa menyimbah air bagi menghalau anak-anaknya kini hangat dan viral diperkatakan di laman sosial.



Difahamkan dari sumber kami, anak gadisnya yang sedang belajar di Mesir pulang bercuti di tanahair dan kerinduan terhadap bapanya telah membuat dia tergerak hati untuk datang bertemu di rumahnya yang turut didiami oleh isteri baru bapanya itu.

Katanya, sebab untuk menjadi wali itu adalah perkara kedua ekoran dia boleh menggunakan khidmat wali hakim.

Ia adalah sedikit bercanggah dengan cerita yang digembar-gemburkan sebelum ini yang mendakwa mereka datang semata-mata untuk merayu bapanya untuk menjadi wali perkahwinan.

Kejadian tersebut sebenarnya berlaku di Alor Setar dan bukan di Perlis sebagaimana yang disangka atau dilapor sesetengah media sebelum ini.

Walau bagaimapun, sumber kami positif mengatakan bapa kepada empat anak yang terpisah itu telah menjadi mangsa ilmu hitam, namun kami tidak dapat mengesahkan sesuatu yang sangat sukar untuk dibuktikan itu.

“Kesan hasutan bini muda janda beranak tiga akibat terkena sihir. Selepas berkahwin dengan isteri muda, pertalian dengan anak hilang. Si bapa sudah menjadi seperti dikawal oleh si bini muda.

“Moga Allah memberi balasan yang setimpalnya pada si bini muda yang meruntuhkan pertalian darah daging,” kata individu yang memuatnaik video berkenaan yang dipercayai merupakan bapa saudara kepada empat beradik malang itu.

Sementara itu tampil seorang lagi individu yang mendakwa kejadian itu berlaku kepada saudaranya sendiri dan mendakwa guru itu telah berubah sejak berkahwin dengan janda berkenaan sehingga melupakan tanggungjawab sebagai ayah dan mengabaikan ibu kandung mereka.

Sumber menghubungi kami bagi menjelaskan cerita sebenar di sebalik insiden tersebut yang telah menghasilkan banyak spekulasi liar yang tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, sumber kami turut menjelaskan bahawa mereka sedikit pun tidak menyalahkan bapa mereka atas sebarang tindakan yang dilakukan olehnya memandangkan dia “sakit”, terkena “buatan orang”.

Diharapkan agar penjelasan kisah sebenar ini dapat memberikan pencerahan sewajarnya tentang apa yang berlaku dan hangat diperkatakan.




















Video itu sehingga kini giat dikongsikan netizen dan menimbulkan persoalan tentang cerita sebenar yang berlaku melibatkan keluarga terbabit. –Kedahnews.com