Inilah 3 foto wajah terbaru anak dara arwah Harun Salim Bachik yang sebijik macam artis popular korea


Bapak Hot Giler! Inilah 3 foto wajah terbaru anak dara arwah Harun Salim Bachik yang sebijik macam artis popular korea...Tak sangka dah besar panjang macam ni.

Ahad lalu telah diadakan pertandingan akhir Suara Cilik Menara Kuala Lumpur. Daripada 10 peserta yang berjaya melangkah masuk ke peringkat akhir, salah seorangnya adalah anak kepada Allahyarham Harun Salim Bachik.

Meskipun Siti Hazeera Sofea, 12, tidak berjaya antara Top 3, namun bakat yang ada padanya patut diberi galakan dan bimbingan sebaiknya, insyaAllah dia akan menjadi orang seni seperti arwah ayahnya.

Berbual dengan ibunya, Suriyanti Mohd Nor, 35, anaknya yang seorang ini memang mempunyai ciri-ciri seperti arwah ayahnya.

"Hazeera memang suka menyanyi, boleh bermain gitar, boleh berlakon dan memang ada bakat seni dari arwah ayah dan datuknya yang mengalir dalam dirinya itu.

"Afdlin banyak garap Hazeera sebagai pelakon. Namun sebagai penyanyi belum lagi walaupun dia sebenarnya minat lagi menyanyi daripada berlakon. Kalau ada peluang untuk menyanyi buat single, nyanyi lagu arwah ayahnya dan diperbaharui apa salahnyakan.

"Sebagai ibu pula, saya tidak menghalang jika itu adalah minatnya. Dia pun dah biasa ikut arwah ayahnya. Jadi saya benarkan dia buat apa yang dia minat. Tapi pelajaran tetap nombor satu," ujar Surianti.

Ketika perbualan ini dirakamkan, Surianti memberitahu mereka sekeluarga sedang bersiap-siap untuk berpindah ke Kulim, Kedah bersama Hazeera dan seorang lagi anaknya, Hakeem Sufy Al-Rashid, 14 tahun.

"Jika ada aktiviti seni barulah kami akan datang ke KL. Kiranya buat masa ini, ulang alik Kulim - KL," ujarnya lagi yang tetap meneruskan perniagaan produk kecantikannya.
Sumber: Mediahiburan