Berkaca jap mata...siapa potong bawang ni?sedih membaca coretan terakhir Tunku Jalil.. Semoga roh beliau di tempatkan di kalangan orang beriman..

Maybe ramai tak kenal lagi dengan beliau, maka hari ini I olls nak perkenalkan seorang ahli kerabat diraja Johor, Y.A.M Tunku Abdul

Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail.

#Orangnya tinggi lampai, badan agak kurus, tapi muka beliau sangat komersial. Biasalah, family kerabat Johor memang segak segak
belaka.


#Kalau tak salah, sejak dahulu lagi, empayar kerajaan Johor yang hebat telah menjalinkan banyak hubungan diplomatik dengan kerajaan

Belanda dan British untuk tujuan perlindungan, perdangan dan sebagainya.
Dan disebabkan itu, ramai putera-putera Johor yang bernikah dengan puteri dan golongan bangsawan daripada dua kerajaan Barat ini.

Sebab itulah lani cucu cicit depa semua hemsem memsem. Tunku Jalil ialah adinda kepada Tunku Ismail Idris. Beliau ialah anakanda ke empat daripada 6 adik beradik kepada ayahandanya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail dengan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia.


#Laporan Harian Metro mengenai Tunku Jalil:


Kuala Lumpur: Saya dalam peringkat mengenali hati budi seorang gadis
berhijab, kata Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Sultan
Ibrahim, 24, sekali gus menafikan dakwaan seorang selebriti yang mengaku
mempunyai hubungan rapat dengannya.

Sebelum ini, anak keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith
Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah pernah dikaitkan dengan artis kelahiran
program realiti televisyen seperti dicanang wanita berkenaan kepada media,
awal tahun ini.


Sekiranya saya ingin memilih pasangan hidup, wanita itu perlu memiliki
ciri-ciri istimewa terutama menghormati ibu bapa dan perlu memahami diri
saya.

Mengenai gadis berkenaan, dia kini berada di luar negara kerana bekerja di
sana, katanya enggan mengulas lanjut mengenai maklumat terperinci
mengenai gadis berkenaan dalam satu kenyataannya kepada Metro Ahad.

Al-­Fatihah buat Almarhum Tengku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang kembali ke rahmatullah sebentar tadi

Semoga Allah mencucuri rahmat dan rahimNya ke atas roh almarhum.


Berikut ialah catatan terakhir Tengku Jalil pada 30 November lalu:











Tunku laksamana johor Tunku Abdul Jalil dan Baginda Tuanku Sultan ibrahim sultan Iskandar bemain hide n seek.power .Daulat Tuanku

Menurut info, jenazah allahyarham akan disemadikan di Makam Diraja Mahmodiah selepas waktu petang ini(6 dec 2015).


Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihii wa'fu'anhu..

"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."

Semoga dilimpahi Allah akan rohnya dengan kerahmatan dan belas kasihanNya serta digolong bersama
para anbiya', siddiqin, shuhada dan salihin. Al­ fatihah.. Aamiinin

"Ya Allah, ampunilah dia, dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia"

Van yang dikatakan membawa jenazah Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim dibawa keluar dari Hospital Sultanah
Aminah (HSA) menuju ke Istana Besar, Johor Bahru.

> 9-11 pagi: Untuk rakyat jelata menziarah jenazah di Bilik Singgahsana Istana Besar
Johor Bahru: Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, 25, mangkat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, kira-kira 7.11 petang, hari ini, akibat sakit kanser hati yang dihidapi baginda sejak Disember tahun lalu.
Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, jenazah putera keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu akan dikebumikan di Makam Diraja Mahmoodiah selepas waktu Zuhur hari ini.