bayi buta selepas gambar dirakam..






FLASH KAMERA BOLEH BUTAKAN MATA BAYI?
Jarang kita dengar kejadian seperti ini. Namun itulah yang telah disahkan oleh doktor pakar dalam kes ini.
Allah maklumkan bahawa lahirnya bayi tidak tahu apa-apa. Deria pertama mula berfungsi untuk mencerap maklumat ialah PENDENGARAN (telinga), kemudian barulah PENGLIHATAN (mata) dan selepas itu barulah HATI mula berfungsi menganalisa input maklumat.
QS: 16. An Nahl 78. "Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu PENDENGARAN, PENGLIHATAN dan HATI, agar kamu bersyukur."
Mata bayi yang baru lahir memang belum lengkap dan tidak berfungsi lagi. Dalam perut ibu ia tidak diperlukan. Kerana itu sewaktu rawatan cahaya UV untuk jaundice (kekuningan) pun doktor akan tutup mata bayi.
Biar apapun alasannya, lebih baik kita berjaga-jaga. Pesan awal-awal kepada sesiapa sahaja yang nak ambil gambar bayi kita agar jangan sekali kali guna flash, terutama untuk foto jarak dekat. Tidak mustahil kebetulan ketika gambar diambil mata bayi terbuka dan merenung flash nya lalu jadi buta.
Beringat sebelum kena. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
WARGA PRIHATIN