Seorang guru wanita hanya sempat menatap wajah anaknya yang baru berusia enam hari sebelum bayi tersebut dilarikan bekas suami yang juga seorang mualaf sejak April lalu.
Lebih menyayat hati, dia dihalang untuk berjumpa dengan anaknya yang dipercayai dijaga bekas mentua. Ada syarat yang ditetapkan untuk bertemu semula dengan anaknya iaitu harus menukar agama kepada kristian.
Gagahkan diri walau masih berpantang
Menceritakan peristiwa terbabit, selepas beberapa hari melahirkan bayinya itu Norbaizura Idris pulang ke rumah bersama suami.
Namun tanpa sebarang alasan munasabah bekas suami menceraikannya dengan talak tiga dan membawa bayi tersebut bersama anak sulungnya.
Pada 22 April lalu bekas suami tanpa sebarang alasan yang munasabah menceraikan saya dengan talak tiga sebelum dia bersama bekas ibu mentua membawa Khayla Qaireena dan anak sulung saya, Keisha Qaisarah ke rumah mertua di kuarters di Bukit Chagar di sini pada keesokan harinya tanpa pengetahuan saya.
Saya yang masih berpantang ketika itu menggagahkan diri pergi ke rumah bekas mentua bagaimanapun tidak dibenarkan berjumpa dengan anak-anak saya.
Tukar agama
Wanita ini bagaimanapun berjaya menyakinkan bekas suaminya uuntuk membawa anak keduanya itu ke klinik bagi mendapatkan rawatan demam kuning namun masih tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan kedua-dua anaknya itu.Malah semenjak itu dia tidak lagi berjumpa dengan bekas suami dan ibu mertuanya didakwa telah melarikan diri bersama kedua-dua anaknya itu.
Bila saya pergi ke rumah bekas mentua, hanya yang tinggal bekas bapa mentua saya sahaja yang seolah-olah tidak mahu membantu saya dan mendakwa tidak mengetahui di mana bekas suami dan anak-anak saya berada.
Apa yang memeranjatkan saya ialah bekas bapa mertua memberitahu saya supaya menukar agama kepada Kristian bagi membolehkan rumah tangga saya diselamatkan sekali gus dapat disatukan kembali dengan anak-anak saya.Mahkamah sama pada 17 Ogos lalu telah memberikan hak penjagaan penuh kedua-dua anaknya itu kepadanya namun masih lagi tidak dapat bertemu mereka.