Sebelum ini,
Achey Bocey melalui sebuah portal berita pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia sudah menyerahkan semua
share perniagaan yang dikongsi bersama arwah sebelum ini kepada keluarga. Bagaimanapun balu kepada arwah Harun Salim Bachik, Surianti, menyatakan perkara yang berbeza.
“Hidup kami sempit dan lebih terkilan apabila kawan-kawan arwah menjauhkan diri kecuali Afdlin Shauki sahaja yang beri bantuan untuk persekolahan anak-anak saya”
“Saya ada terbaca kenyataan Achey baru-baru ini kononnya dia sering bertanya khabar dengan anak-anak saya, namun sebenarnya tidak pernah pun. Datang menjenguk kami pun tidak pernah”
'SINARAN' DI PAWAGAM BERMULA 26 NOVEMBER 2015
“Dia (Achey) ada buat kenyataan yang dia sudah serah semua
share perniagaan yang dikongsi bersama arwah sebelum ini kepada keluarga dan hal itu pun saya tidak tahu kerana mereka sudah
removed saya dari
group perniagaan tersebut,” ujarnya kepada
mStar Online<. Sementara itu Surianti juga menyatakan bahawa kini kehidupan mereka sekeluarga sangat terhimpit sehingga membuatkan dia dan keluarga terpaksa mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan memulakan hidup baru. Surianti dan Allahyarham Harun Salim Bachik bernikah pada tahun 2000. Hasil perkahwinan meereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Hakeem Sufy Al-Rashid dan Siti Hazeera Sofea. Apa-apa pun, mungkin terdapat salah faham di antara dua pihak sehingga menyebabkan perkara ini terjadi. Moga akan ada sinar kehidupan baru kepada keluarga balu Harun Salim Bachik dalam menempuh kehidupan.
(rtky/s)