Penjelasan isu gaji pekerja atau staff RHB Bank terlebih masuk pada bulan september 2015. Kini kecoh dilaman sosial apabila semua pekerja RHB Bank mendapat bayaran 10 kali ganda daripada gaji bulanan mereka pada awal pagi 23 September 2015. Berikut adalah perkongsian gaji yang telah dibayar kepada staff RHB Bank.
Lagi Penyata Gaji Staff RHB Bank Terlebih Masuk September 2015
Bayangkan jika bangun awal pagi, anda yang sepatutnya menerima gaji RM3,000 sebulan kini telah menerima gaji sebanyak RM30,000.
Pekerja RHB Ini Menerima Gaji Bulanan Sebanyak RM37,501.28
Terkejut bukan? Sebenarnya pihak RHB telah membuat kesilapan dengan penambahan angka “0” dalam sistem pembayaran. Gaji sebenar pekerja ini adalah RM3,750.12
Penjelasan Isu Gaji Staff RHB Bank Terlebih Masuk September 2015
Namun pengumuman daripada RHB adalah sangat mendukacitakan bagi mereka yang baru sahaja menjadi kaya dalam beberapa jam. Pihak pengurusan RHB memakluman bahawa terdapat kesilapan teknikal pada bahagian IT sehingga kesemua gaji pekerja RHB terlebih angka “0”. Contoh jika staff RHB bergaji bulanan RM4,000 maka awal pagi 23 september mereka akan menerima RM40,000 kemasukan ke akaun bank. RHB menyatakan bahawa pemotongan semula gaji yang terlebih bayar akan dibuat pada hari yang sama. Orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan duit lebihan tersebut kerana ianya salah disisi undang-undang.
Sumber: Penjelasan Gaji Staff RHB Bank Terlebih Bayar September 2015 | melvister.com