Lisa Surihani Minta Akaun Instagram Palsu Atas Nama Anaknya Dipadamkan

Memang hebat sungguh kan sambutan kelahiran anak Lisa Surihani dan Yusry KRU daripada peminat mereka. Iyalah, tidak sampai beberapa jam Lisa mengumumkan nama puteri sulungnya itu,ada individu yang sudah mewujudkan akaun Instagram palsu atas nama Yahaira Leanne.
Tidak mahu peminat tertipu, Lisa menerusi akaun Instagram beliau telah mendedahkan akaun palsu tersebut yang dibuat tanpa kebenaran dan pengetahuan beliau serta Yusry.
Lisa meminta agar pihak yang tidak bertanggungjawab memadam akaun palsu tersebut dengan kadar segera.
This is a FAKE account. Hope the person who created it will respect and delete the account. Thank you.
Baru sahaja dilahirkan, Yahaira Leanne nampaknya sudah popular mengatasi anak-anak selebriti lain sebelum ini. Mungkin ramai sebenarnya yang tidak sabar untuk melihat lebih lagi foto-foto terkini beliau. Boleh sahaja wujudkan akaun khas untuk anak pasangan tersebut  cuma perlukan keizinan ibu bapanya.