Keluarga Ini Tinggal Dalam Bangkai Pesawat Kapal Terbang Yang Dilupus
BANGKOK 13 Sept. - Tiga keluarga miskin warga Thailand sanggup menjadikan kawasan pelupusan bangkai kapal terbang di ibu negara sebagai tempat tinggal mereka sejak sekian lama.
Menurut Daily Mail, keluarga itu hidup dalam kedaifan sehingga tidak mempunyai wang untuk memiliki rumah sendiri atau menyewa, lalu memilih untuk tinggal dalam bangkai pesawat berkenaan.
Dengan kos kehidupan yang semakin meningkat di Bangkok, keluarga itu hanya hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, apatah lagi mereka tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap atau berpendidikan.
Apa yang lebih mengharukan, mereka hanya makan sesuap nasi dengan menjual besi buruk dan barangan kitar semula untuk beberapa dolar sehari sahaja.
Bagaimanapun, demi keselesaan masing-masing, beberapa orang dalam kalangan mereka bertindak ‘kreatif’ dengan mengubah beberapa bahagian bangkai kapal terbang sebagai tempat memasak, ruang tamu, dan bilik tidur.
Selain itu, pesawat tersebut turut mendapat kemudahan bekalan air dan elektrik secara haram bagi keselesaan mereka.
Bagi mendapatkan wang tambahan, mana-mana pelancong yang tertarik untuk mengambil gambar mereka dalam pesawat akan dikenakan sedikit caj yang boleh digunakan menampung kehidupan.
LIHAT 5 LAGI FOTO DALAMAN RUMAH MEREKA YANG MENGEJUTKAN ANDA DI SINI