Gadis Berusia 14 Tahun Dirogol Kenalan Di Kuala Terengganu
KUALA TERENGGANU - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun tidak menyangka keputusan untuk berkawan dengan seorang lelaki yang diperkenalkan oleh teman baiknya membawa padah apabila dia dirogol lelaki berkenaan.
Lihat Video Rakaman Suspek Dirogol Di sini
Lebih malang, tragedi dirogol sebanyak dua kali sejak Jun lalu yang menjadi detik hitam dalam hidupnya sehingga hari ini turut didalangi teman baiknya yang amat dipercayai sebelum ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, daripada keterangan mangsa, kejadian pertama berlaku ketika dia bersama rakannya itu mengunjungi rumah sewa suspek, 16, di Kuala Ibai, di sini, Jun lalu.
“Setibanya di rumah tersebut, suspek dengan dibantu oleh wanita itu telah bertindak menarik tangan mangsa secara paksa masuk ke dalam salah sebuah bilik di dalam rumah itu, namun mangsa sempat melawan.
“Bagaimanapun, mangsa telah dipukul oleh lelaki berkenaan sebelum dirogol dengan bantuan teman baiknya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini, semalam.
Wan Abd Aziz berkata, selepas dirogol, mangsa dalam keadaan trauma pulang ke rumah dengan teman baiknya tetapi disebabkan takut, dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri tanpa membuat sebarang laporan.
Jelasnya, bagaimanapun, mangsa nekad membuat laporan polis selepas peristiwa hitam itu berulang untuk kali kedua apabila dia dirogol di rumah yang sama juga dibantu oleh wanita tersebut.
“Tidak tahan diperlakukan sedemikian rupa serta kecewa dengan tindakan teman baiknya yang sanggup ‘menjual’ dirinya kepada lelaki tersebut, dia mengambil keputusan membuat laporan petang kelmarin,” katanya.
Katanya lagi, pemeriksaan pihak hospital turut mengesahkan terdapat kesan koyakan di bahagian kemaluan remaja itu dipercayai akibat perbuatan suspek terbabit.
“Polis kini sudah mengenal pasti suspek dan teman baik remaja berkenaan, bagaimanapun kita masih mengesan mereka,” katanya.
Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Sinar Harian