Baju jarang nampak coli, ini respon selamba Fouziah Ghous yang buat anda Terpana!!

Aktres dan pengacara Fouziah Gous, 32, menganggap tuduhan mengatakan dia memakai baju nipis sehingga menampakkan pakaian dalam ketika mengacarakan program Nona pada Ahad lalu sebagai tidak masuk akal.

Memetik kenyataan di mStar online, Fouziah, berkata, tindakan penulis di sebuah forum gosip membangkitkan isu itu sengaja diada-adakan untuk mensensasikan bahan tulisan mereka.


"Jujurnya saya tidak tahu isu pakaian berkenaan hebat diperkatakan kerana saya tidak membaca blog atau pun forum kerana blog dan forum sengaja mencipta atau mencari sesuatu perkara untuk disensasikan," katanya.

Dalam pada itu, Fouziah berkata, sepanjang mengacarakan Nona, kru produksi sentiasa peka terhadap pemilihan busana yang akan digayakannya termasuk memastikan ia tidak keterlaluan sehingga menjolok mata.

Malah kata Fouziah, dia juga sentiasa memakai singlet pada setiap pakaiannya termasuk penampilannya yang dikritik pada program itu Ahad lalu. mStar Online