Remuk Hati Si Ayah Anaknya Usia 13 Tahun Jadi Pelacur



BEIJING – Bayangkan bagaimana remuknya hati seorang bapa apabila mengetahui anak perempuannya yang berusia 13 tahun menjadi seorang pelacur.

Lelaki tersebut yang hanya dikenali sebagai Gong hanya mengetahui mengenainya apabila membaca mesej WeChat dalam telefon bimbit anaknya itu.

Gong amat kecewa selepas membaca mesej antara anaknya, Xiaoqing dengan ‘ibu ayam’ dikenali sebagai Jin Yiwen, yang memberikan harga untuk budak perempuan itu meniduri pelanggannya.

Menurut Gong, dia mula curiga dengan kelakuan anaknya selepas mendapati perangai Xiaoqing berubah dan menjadi nakal.

“Dia mudah marah, liar dan mencuri wang. Baru-baru ini dia tidak pulang ke rumah meskipun beberapa kali saya menghubunginya,’’ kata Gong.

Selepas Xiaoqing tidak balik ke rumah selama beberapa malam dan mula mengenakan solekan yang tebal, Gong mula bertindak dengan memeriksa telefon bimbit anaknya itu.

Gong kemudiannya mengatur pertemuan dengan Jin dan ketua kumpulan pelacuran itu di sebuah hotel. Dia turut memaklumkan kepada polis yang kemudiannya berjaya menahan sindiket tersebut.

Seramai empat hingga 10 remaja perempuan dari sekolah anaknya turut diperdayakan ke dalam rangkaian pelacuran itu, dengan ada sesetengah mangsa yang masih belum balik ke rumah. Mynewshub.cc